Friday, June 26, 2015


Sebagai insan makhluk yang lemah, bermunajat kepada Allah Yang Maha Pencipta memang perlu dilakukan agar kita sentiasa dikurniakan rahmat,hidayah dan segala 'inayah-Nya khususnya dalam kita mengharungi suka duka kehidupan setiap hari... Mohonlah selalu agar kita sentiasa diberikan kekuatan, ditetapkan iman dan berada di atas landasan yang diredhai Allah...


Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 1436H..  hari ini sudah masuk hari ketujuh para muslim dan muslimat menunaikan ibadah puasa.. dan hari ini juga aku telah membuat suatu keputusan muktamad yang bakal memberi kesan besar ke dalam hidupku...moga Allah memberkati keputusanku dan sentiasa memudahkan urusan hidupku dan keluargaku... aamiin


Tuesday, June 24, 2014

PIM3093E: PENG. SUMBER DAN PENG. MIKRO MAKRO PI

Saya terlibat mengajar subjek ini untuk semester ini. Kandungan tajuk menarik dan semoga setaip kali kelas akan berjalan lancar in sya' Allah
Assalamualaikum, lama benar saya tidak menjengah laman blog saya ini...kesibukan kerja serta mempunyai akaun sosial yang lain menyebabkan saya tidak sempat mengemaskini dengan perkembangan terbaru. Hari ini hari kedua saya memulakan tugas setelah tiga minggu cuti pertengahan semester. Seperti biasa saya tidak berkesempatan bercuti sepenuhnya kerana terlibat mengajar untuk KDC serta mengawas peperiksaan tetapi saya merasa sungguh bersyukur dan bahagia serta dapat meluangkan masa untuk keluarga pada minggu terakhir cuti. Alhamdulillah.

Wednesday, May 20, 2009

KURSUS OLL DI CORUS PARADISE RESORT

Hari ini merupakan hari kedua kursus di pusat peranginan yang cantik dan memberi ketenangan khususnya dari kesibukan lalulintas yang perlu ditempuhi setiap pagi dan petang bila berulang alik ke IPGM KP Teknik

Tuesday, December 16, 2008